Tuesday, May 25, 2010

Kuseru Namamu, Kekasih

Posted by Farhana Hizamie at 9:29 AM
Rayyan; gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi tegunya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangannya dengan Zaim supaya mendapat keredhaan Kekasinya yang satu.

Hanisa; gadis yang keliru identiti yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka.

Zaim; Lelaki yang tidak pernah terfikir jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.

Mark: Lelaki yang sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yang dapat memberikannya kebahagiaan hakiki.


**********

Kisah ini menceritakan tentang perjalan empat orang manusia diatas muka bumi Allah, di Sydney, Australia. Empat orang yang berlainan pegangan dan gaya hidup. Tujuan mereke sama, mencari cinta sejati, kekasih sejati. Dalam menyuslusuri perjalanan utk mencari cinta sejati, bnyk halangan dan cobaan yg ditempuhi. Tapi, mereka semua melaluinya dengan tabah dan berbekalkan kepercayaan bahawa kekasih mereka masih menanti kehadiran mereka dipenghujung jalan kelak. Dipengakhirannya, mereka semua bertemu dengan kekasih yang Satu, yang maha Esa, Allah s.w.t.

**********

Saat membeli novel ini, ak sudah menyangkakan novel keluaran PTS, tulisan Maya Iris, pasti tidak akan menghampakan peminat novel yg dahagakan novel berbentuk ilmiah. Ak sudah jelak dgn novel2 cinta yg berada dipasaran skrg. Kebanyakannya bersifatkan cintakan duniawi semata-mata.

Ak amat mengagumi watak Rayyan. Saat dia diseksa oleh paderi Swain, mulutnya masih menyebut nm kekasihnya. sedangkan, swain memaksa dia mengaku bhwa Jesus lah tuhannya. Subhanallah, semoga ak diberi iman yg tebal dlm mempertahankan agamaku.

Dengan kewujudan watak Hanisa, mengingatkn kembali kisah kaum nabi Lut yg diazab oleh Allah s.w.t akibat mengamalkan homoseksual. Hrmmm nauzubillah...

Maya Iris bijak mempermainkan perasaan pembaca. Dalam situasi yg serius, sempat jga dia menyelitkan jenaka utk meregangkan sedikit suasana.

1 phrase that i cant forget is "Orang-orang keturunan Jawa memang romantis, seromantis orang-orang Perancis. Dan mereka ada nilai tambah. Orang-orang berdarah keturunan Jawa sangat setia dan rajin menolong isteri didapur." Hrmmm... i'm smiling in my room. I'm not sure whether its true or not... =D

2 comments:

miss.LiLo on May 26, 2010 at 6:19 AM said...

"Orang-orang keturunan Jawa memang romantis, seromantis orang-orang Perancis. Dan mereka ada nilai tambah. Orang-orang berdarah keturunan Jawa sangat setia dan rajin menolong isteri didapur."

Hrmmm... i'm wondering.. siapakah itu SI keturunan jawa itu.. hahah..

Farhana Hizamie on May 26, 2010 at 9:36 AM said...

watak Zaim digambarkan seorg lelaki berdarah Melayu & Jawa. :D

tp adakah anda bersetuju dgn kata2 itu, wahai miss.Lilo?

Post a Comment

 

Never Ending Wonderful Story Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting