Thursday, October 28, 2010

Hope this is the end...

Posted by Farhana Hizamie at 9:13 AM 0 comments


Kunbachiwa...!!!

sebenarnya dh lma ak nk tulis psl post nh tp dsebabkn blog ak jd haru biru sblum nh, t'tangguh kjap. hehe.... yela.. ak nh bkn pndi sgt bab2 nk hias blog nh sbb sblum nh pun my twin yg tlg buatkn, hikhik... thnk you very many to my twin cz tlg alter balik. =D

ok, skrg back to the story. My last semester juz finish in few days ago. I hope this will be my last semester that study officially in UNISEL. huhu... I had went through a lot of things in my life since i study in UNISEL. sedih jgak rsanya nk tngglkn alam pembelajaran nh. but life must go on. skrg ak akan masuk ke alam pekerjaan. sebelum nh ak hnya b'krja scra unofficial dgn family ak. now, scra rasminya ak akan digelar seorg pekerja, bkn pelajar lagi. huhu...

sepanjang ak berada di UNISEL, bnyk pengalaman pahit & manis ak telah lalui. ak kutip ia utk dijadikan pedoman dlm hidupku. yg buruk usah dikenang tp yg indah dijadikan kenangan yg tersimpul rapi dlm kamus hidupku.

semester 1, ini bkn pertama kali ak b'jauhan dgn family kerna ak seorg pelajar asrama SMK Sultan Badlishah (proud of this school). jd x ada kejanggalan sgt didlm diriku ini. antara moment yg paling indah dlm idupku ketika ini, perkenalanku dgn my twin aka roomate ak. hehe... it fun living with her. we got same connection. hehe...

the twin

well, bnyk lg things happen in my life during 1 sem. being a security in Merdeka Music Fiesta aka battle of the band aka gig haram (che an yg kta). get to noe with lil bro Hazwan n Muadz. riding horse at UNISEL Street 1. being friends with jamal, hasif, yana, zam, intan, tuti, lai, nad n etc. wat keje gile dgn anwari n ain. (apa keje gile tu, only 3 of us je yg taw. hehe...)

msuk 2nd sem, the unforgettable moment in my life, celebrate birthday asif kt sunway smbil men skirting. haha... pdn muka ko asip, ari tu ko kna kaw2 dgn kteorg. ari tu jgak 1st time ak men ice skirting. jd cewi sat. hehe...



hanya tinggal kenangan

ms kt skolah dlu, dh bnyk kali ak emcee utk majlis2 skolah. tp sjak msuk u, ak x prnh ada peluang. sehinggalah group ak diberi kesempatan utk conduct jmauan mesra lebaran 2008, ak x lepaskn peluang utk jd emcee skali lg. tp syg, time ak kna emcee, ak kena serangan batuk n sakit tekak. hukhuk... x psl2 suara ak rock time tu =( nsb bek ada hakeem, partner ak, menyelamatkn keadaan. apa yg bestnya ak dpt pujian dr para pensyarah. ahaks! bangga sekjp =D


tema: kaler ijao =D

klu nk disenaraikan bilangan event yg ak involve ms kt unisel mmg bnyk. So You Think You Can Dance & Sing, UNISEL Street 2, Acara bubur lambuk, sukan fakulti, dinner tahunan fakulti 2008 & 2009. ak join bkn sbgi peserta but as committee members @ ajk majlis. tp dlm bnyk2 majlis/event, event yg x dpt kulupakan adlh dinner FOB kt PJ Hilton. bnyk keringat ku telah kluar utk event t'sbut & bnyk bnda ak pelajari smsa dlm proses utk m'jayaknnya. mmg agak perit pada permulaanya. dgn mslh kewangan, pihak sponsor yg bnyk kerenah, p'maianan politik oleh para ajk. tp apabila berakhir sja dinner t'sbut, ak mampu utk t'senyum dgn bangga. bnyk pujian yg kami perolehi dr pelbagai pihak. ak x serik utk handle dinner mcm tu lg cuma jgn wat last minute aje la.. ;)


mlm Jalinan Korporat FOB, Hilton PJ

tp apabila memasuki tahun 2010, ak mula x aktif dlm persatuan. ak cuma mengikuti perkembangan mereka dr belakang.

walau apa pun yg, berlaku, ak tetap m'punyai kenangan tersendiri di alam universiti ku. terima kasih kpd yg hadir dlm idupku & mewarnainya dgn pelbagai warna & corak. ain, tuti, nadra, zam, yati hussain, yana, intan, ila, yati shuib, pian, riki, jamal, asif, opie, sheera, joyah, meera, siti, nadia, ijan, qimy, abg nik, pali, ady, adib, hatimi, shima, lya, fieza, intan, puspa, kek, saf, azie & ramai lg yg x mampu utk ak mengingati. kalian tetap wujud dlm kamus idupku sbgi seorg mahasiswa UNISEL.

Friday, October 8, 2010

Posted by Farhana Hizamie at 11:21 AM 0 comments
1. Nickname kamu yang kawan-kawan selalu gunakan.. ?
klu zmn skolah rendah ANA, mmbr kwsn kejiranan ak pnggl NA, sedara mara ak kt Pendang pnggl NANA, mmbr2 badlishah pnggl FARHANA HIZAMI @ FANA ZAMI, tp plng feymes ANA la... hikhik..
2. Orang-Orang penting selain dari Ahli Keluarga kamu..?
setelah dicampur tolak darab bahagi, siap dgn standard deviation suma, maka, jwpnnya adalah...
jeng! jeng! jeng!
  1. Mohd Shalihien bin Rofie
  2. Nor'ain Asnida bt Ain
  3. Siti Rohana bt Mohd Rozhi
  4. Anwari Shafiq bin Hashim
  5. Siti Nur Fadzilla bt Jamaluddin

3. Tiga (3) benda yang paling kamu idamkan Tika ini..?
Tiga je? xleh lebih ke? hehehe... no.1, saya nk ipad @ iphone4. no.2, nk keta!!!! hurmm Honda Civic pn jd la.. x pun Mazda 2 ke, Toyota Altis yg latest tu ke... paling koman pn Nissan Skyline pn boleh la... =D no.3, sy nk umah sy sndri... hikhik...
4. Penampilan kamu..?
I am easy goin person but i love fashion... i can wear any types of clothes selagi sesuai dgn agamaku.. ;)
5. Makanan yang langsung kamu tak boleh tinggalkan..?
Laksa mak ak & somtam.... die hard fans of thai food =D
6. Tiga (3) benda yang paling kamu sayang..?
handphone ku (1st time beli guna duit sndri), my lappy n teddy bearku; Mr Huggie...
7. Tiga (3) benda yang paling kamu Benci..?
benda yg paling ak benci? hurmmm apa erk? hantu? ak nh penakot skit... hehe... pancat & lintah... wlaupun ak m'besar di sawah bendang, ak tetap x ske dgn binatang tu! eeeeeeeiiiwwwwww....
8. Haiwan apa yg kamu teringin sgt nk bela..?
Aku nk bela kucing tp ak tkut kucing tu mati lg... hukhuk... klu x dpt kucing, arnab pn ok gak.. ayam serama ke... burung yg kiut2 ke... tupai kaler putih pn nmpk mcm cool gak... hikhik...
9. Kamu sangat sukakan suasana yang bagaimana..?? Sepi? Meriah?
ak suka kn suasana desa mcm kt kg ku kt Pendang... tp ak suka pantai...rs tenang je... ak ske pegi tmpt2 tnggi tp ak benci jln yg bengkang bengkok.. huhu..
10. Lima perkara yang kamu nk perkatakan..?
  1. sy syg family sy .
  2. sy syg kwn2 sy
  3. sy sgt syg kekasih sy
  4. sy sygkn agama sy, agama Islam
  5. dan sy seorg yg patriotik. jd jgn cuba nk main2 psl sej dgn sy. sy ank jati kedah... ceq org Melayu keturunan Siam bkn Thai...

***** cilok dr mislilo... hehe.. =D
Posted by Farhana Hizamie at 10:22 AM 0 comments
Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika

Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

**************************************************************************************************************

sebenarnya ak sgt rindukn hubby ku (should i intoduce him? x pyh kot cz dh ada post psl dia sblm nh)... dh lma ak x b'jumpa dgn dia... really miss him damn much. ak akui akn kesibukan diriku dgn project paper ku... huhu... project paper juz like a nightmare to me. theres no other scariest rather than doing project paper.. haha... thnx to him coz always support me in every condition. i really appreciate ur understanding. abg, sory i can't wrote u as my bf in the dedication, permintaan dr pihak faculty. dedication yg i tulis tu, i put in my project paper. one more thing, i will support u in what u r doing juz like u support me in my life. u always comfort me when i'm in pressure n stress. Aishiteru kara...

My dedication to all...

Posted by Farhana Hizamie at 7:31 AM 0 comments

I would like to dedicate this part of my life’s work to my loving parents, Mak and Abah. You’re truly earned this degree as much as I did. Your enduring love and support is the reason for my success. I am eternally grateful for all that you had to sacrifice, and I love you both very much. I would like express my deepest grateful to all lectures that teach me throughout the course. My special thanks also go to all my friends, especially Nor’ain Asnidar Bt ‘Ain, Mohd Shalihien Bin Rofie, Siti Nor Fadzilla Bt Jamaluddin, and Zulaikha Zakaria. Thank you for you emotional support and encouragement. I will always be indebted to all of you. Not to forget, my familys members, my aunts; Wan Noor Akhmar Bt Wan Yahya and Wan Noor Ashikin Bt Wan Yahaya, and my little brother; Muhammad Alif Wajdi Bin Mohtar. Special thanks to all of them.

*** This dedication to all that always be with me during i'm working on my project paper. Without them, I dunno what will be with that project... I LOVE you all very much. Deeply from my heart...

Saturday, September 25, 2010

Adam & Hawa

Posted by Farhana Hizamie at 12:01 AM 0 comments

Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran...

Posted by Farhana Hizamie at 9:17 AM 0 comments

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil wal Faizin
Maaf Zahir & Batin


Dikesempatan ini, saya/Ana ingin memohon seribu kemaafan kpd sahabat handai, rakan taulan, saudara mara, kekasih & sesiapa saja yg mengenali diri ini. Andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tersalah tingkah laku, dsbnya... maaf jua ku pohonkan... Semoga berbahagia pada Syawal kali ini...

Thursday, September 2, 2010

Berapa ramai lelaki yang boleh jadi imam?

Posted by Farhana Hizamie at 9:35 AM 0 comments
tengah ak dok merayau2 kt fb, tetiba ak t'jumpa artikel nh. ak tertarik utk m'baca lebih lanjut... yela kn, selalunya para kaum lelaki akn ckp diorg nk cari calon isteri umpama gadis melayu atau perempuan melayu terakhir. kali nh kite nk tgk lak apa reaksi kaum lelaki bila org perempuan yg demand...

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

Sunday, August 22, 2010

WARKAH CINTA UNTUK CALON SUAMIKU

Posted by Farhana Hizamie at 9:46 AM 0 comments

Monday, August 16, 2010

Jasa Bonda

Posted by Farhana Hizamie at 8:53 AM 0 comments
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
 

Never Ending Wonderful Story Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting