Friday, October 25, 2013

Aku menulis bukan kerana nama...

Posted by Farhana Hizamie at 12:59 AM 0 comments
As-salam...

Alhamdulillah, akhirnya si dia telah melamar diri ini secara unofficial. Tak dinafikan, diri ini begitu gembira sekali. Saat yg dinantikan telah tiba. Pelbagai perasaan telah bercampur aduk ketika itu. Gembira, sedih, gementar, suma ada... Dalam keseronokan ini, jauh dilubuk hati ini masih berasa takut & risau.

Aku mula bertanya pada diri sendiri, samada aku sudah bersedia utk memikul tanggungjawab seorg isteri, menantu & ibu? Apakah aku perlu mengorbankan kerjaya ku setelah aku berkahwin nanti? Adakah kehidupan aku akan dikongkong seperti mana cerita2 yg selalu aku baca?

Hati ini mula bertanya, adakah dia mampu menjaga aku seperti mana abah ku menjaga & melindungi aku? Mampukah dia sentiasa berada disisi aku & menenangkan aku disaat aku susah & gundah? Mampukah aku & dia berjalan seiring menuju syurga Allah? Adakah dia benar2 ikhlas menerima diri ini yg serba kekurangan, seorg anak yg mempunyai seorg ayah & 3 org ibu? Adakah dia akan memisahkn diri ini dari keluarga kandungku? Ya Allah... lapangkanlah dadaku & permudahkanlah urusanku..

untuk family ku, mampukah kalian menerima menantu yg tidak berkerja tetap? menantu yg hidupnya hanya seadanya, tak lebih & tak kurang. seorg menantu yg belum punya apa2 tp sedang berusaha utk mengadakannya.. aku khuatir kalian akan membandingkan dia dgn menantu2 rakan kalian. aku mengerti, kalian sentiasa mahukan yg terbaik utk diri ini kerna dari kecil lagi aku sentiasa diberikan perkara yg terbaik. Ya Allah, aku mohon petunjuk dari-Mu...

buat bakal mertua ku, diri ini tidaklah sesempurna mana. masih banyak kekurangan dlm diri ini.. mampukah kalian menerima diri ini seadanya?

kadang2 aku tertanya, bagaimana rakan2ku yg lain begitu mudah melangsungkan perkahwinan? buat pertama kalinya, aku perlu membuat keputusan yang paling berat dlm hidup ini. Istikharah? sudah ku lakukan.. dan sering kali aku bermimpi aku hidup bersama dia, menjalani kehidupan bersama.. Ya Allah, kau tetapkan lah hati ini. Benarlah, apabila seorg adam & seorg hawa ingin berkahwin, maka syaitan akan dtg menghasut. Allah...

luahan hati seorg perempuan
 

Never Ending Wonderful Story Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting